You are currently viewing Pengesan Lokasi Telefon Bimbit Percuma

Pengesan Lokasi Telefon Bimbit Percuma

  • Post category:Melayu

Terdapat pelbagai sebab mengapa anda ingin mengesan lokasi telefon bimbit — mungkin anda ingin melindungi peranti baru anda jikalau ia hilang, serta bagi memastikan anak-anak atau ahli keluarga anda sentiasa kekal selamat. Berikut adalah beberapa kaedah yanng anda boleh gunakan untuk mengesan lokasi telefon bimbit secara percuma, samada melalui platform iPhone mahupun Android.

Bagaimana mengesan lokasi telefon bimbit secara percuma di iPhone:

  1. Find My

Find my iPhone adalah aplikasi yang disediakan oleh Apple yang membolehkan anda mengesan lokasi peranti anda menggunakan akaun iCloud anda. Dengan aplikasi Find My, anda juga boleh mengesan lokasi untuk kesemua peranti Apple anda, termasuklah AirPods, iPad, MacBook, dan lain-lain lagi,

Mengesan lokasi telefon bimbit anda dengan menggunakan Find My adalah sangat mudah. Layari laman web Find My Apple, dan log masuk ke akaun iCloud anda.

image via Apple Support

Find My hanya tersedia pada peranti Apple, yang bermakna anda tidak dapat menggunakannya dengan peranti Android. Selain itu, anda hanya dapat mengesan lokasi peranti yang telah tersedia log masuk ke akaun iCloud anda sebelum ini. Ini bermakna anda tidak akan dapat lokasi peranti sesiapa pun selain daripada peranti milik anda sendiri.

Bagaimana mengesan lokasi telefon bimbit secara percuma di Android:

  1. Find My Device

Find My Device adalah penyelesaian Android yang sama seperti pada aplikasi “Find My” dari Apple. Bagi sebarang peranti Android yang telah log masuk ke akaun Google anda, Find My Device akan menyediakan lokasinya untuk anda. Find My Device juga menawarkan ciri-ciri yang serupa seperti menghantar isyarat ke telefon atau mengunci telefon, iaitu sepertimana yang ditawarkan oleh aplikasi Find My pada peranti Apple.

imej dari Google Find My Device

Sama seperti “Find My” yang hanya sesuai khusus untuk peranti Apple, aplikasi Find My Device pula hanya tersedia untuk peranti Android. Anda hanya boleh mengesan lokasi peranti yang telah log masuk ke akaun Google anda sebelum ini, iaitu bermakna anda hanya boleh mengesan peranti milik anda sendiri dan bukan peranti rakan anda.

Bagaimana mengesan lokasi telefon bimbit secara percuma di iPhone dan Android:

  1. iSharing

iSharing adalah aplikasi perkongsian lokasi secara percuma yang diwujudkan untuk mengesan lokasi telefon bimbit antara ahli keluarga dan rakan anda yang rapat. iSharing membolehkan perkongsian lokasi dilakukan selama 24/7 antara dua peranti, sama ada peranti Apple mahupun Android.

Bagi menggunakan aplikasi iSharing, apa yang anda perlu lakukan adalah memuat turun aplikasi tersebut dan kemudian menjemput atau menambah rakan anda. Setelah mereka bersetuju menjadi rakan anda di aplikasi tersebut, anda dan mereka akan dapat mengesan lokasi sesama sendiri. Anda juga boleh menukar tetapan privasi anda jika anda ingin menyembunyikan lokasi anda.

iSharing juga menawarkan banyak ciri lain, seperti mesej segera melalui aplikasi tersebut atau notifikasi penggera (alarm) apabila rakan anda tiba di rumah atau bergerak menuju ke tempat kerja. iSharing juga membolehkan anda melihat sejarah lokasi selama 30 hari sebelumnya.

iSharing disediakan secara percuma di kedua-dua platform App Store dan Google Play Store

Ingin tahu lebih lanjut mengenai iSharing? Ketahui bagaimana iSharing dapat membantu diri dan keluarga anda kekal selamat pada masa ini.

  1. Google Maps

Google Maps juga membolehkan anda dengan mudah berkongsi lokasi peranti anda dengan mana-mana rakan anda. Mereka yang ingin berkongsi lokasi masing-masing boleh masuk ke aplikasi Google Maps, klik pada profil di bahagian kanan atas, dan kemudian pergi ke “Perkongsian Lokasi” dan memulakan perkongsian lokasi dengan sesiapa yang diinginkan.

Mengesan lokasi telefon bimbit secara percuma dengan Google Maps hanya tersedia pada sebarang peranti yang mempunyai aplikasi Google Maps.

Walau bagaimanapun, mereka yang ingin berkongsikan lokasi masing-masing melalui aplikasi ini perlu terlebih dahulu memulakan pengesanan (tracking), serta mereka boleh mengehadkan perkongsian lokasi tersebut hanya kepada satu jam. Selain itu, aplikasi ini juga tidak menawarkan sebarang fungsi tambahan, seperti mesej atau notifikasi.

Team iSharing

Track a cell phone location for free with iSharing Location Sharing App (https://isharingsoft.com)