Sekarang, kedua-dua iPhone dan Android telahpun dilengkapi dengan aplikasi yang disediakan oleh pihak pengeluar bagi mengesan lokasi peranti pengguna. Misalnya, aplikasi “Find My” dari Apple membolehkan anda mengesan lokasi kesemua peranti Apple anda, manakala “Find my device” pula membolehkan anda mengesan lokasi peranti Android. Namun, memandangkan aplikasi tersebut dicipta khusus bagi membolehkan pengguna mengesan peranti kepunyaan mereka sendiri berdasarkan model pihak pengeluar masing-masing, lazimnya mereka tidak membenarkan pengguna saling mengesan atau berkongsi lokasi peranti daripada pihak pengeluar yang berlainan, iaitu antara peranti iPhone dan Android. Jika anda ingin berkongsi lokasi antara iPhone dan Android, anda perlu mencari aplikasi lain yang menyediakan perkhidmatan sedemikian.
Usah khuatir, kami boleh membantu anda dengan menyenaraikan beberapa aplikasi yang anda boleh gunakan bagi perkongsian lokasi antara iPhone dan Android.
Bagaimana kongsikan lokasi antara iPhone dan Android secara Percuma
- Google Maps
Sebagai salah satu aplikasi popular yang disediakan oleh kedua-dua platform iOS dan Android, Google Maps membolehkan anda untuk berkongsikan lokasi antara iPhone dan Android secara percuma!
Untuk kongsikan lokasi anda melalui Google Maps, anda terlebih dahulu perlu masuk ke aplikasi Google Maps, tekan pada profil anda di bahagian penjuru kanan atas, dan kemudian pilih “Perkongsian Lokasi”. Dari situ, anda akan dapat kongsikan lokasi anda kepada rakan atau ahli keluarga untuk tempoh yang tertentu.

Walaupun Google Maps memudahkan anda untuk berkongsi lokasi antara iPhone dan Android, ia mempunyai beberapa kekangan dalam ciri-cirinya. Rakan anda perlu memulakan perkongsian lokasi dengan anda terlebih dahulu sebelum anda dapat mengesan lokasi mereka. Selain itu, ciri-ciri lain yang bukan melibatkan pencarian lokasi di peta GPS, seperti pengiriman mesej mahupun notifikasi adalah tidak disediakan oleh Google Maps.
- Kelebihan: : Lokasi yang tepat dan mudah untuk dikongsikan
- Kekurangan: Ciri-ciri yang terhad (tanpa pengiriman mesej, notifikasi, atau rekod sejarahnya)
- Facebook Messenger
Seperti Google Maps, anda juga boleh menggunakan Facebook Messenger bagi perkongsian lokasi dengan rakan-rakan anda, iaitu sama ada anda menggunakan iPhone mahupun Android.
Perkongsian lokasi anda menggunakan Facebook Messenger agak sedikit berbeza caranya bagi kedua-dua iPhone dan Androids.
- Buka perbualan dengan rakan yang anda ingin kongsikan lokasi anda.
- Tekan butang (+) pada bahagian bawah kiri
- Pilih Lokasi dan kongsikan lokasi anda
- Buka perbualan dengan rakan yang anda ingin kongsikan lokasi anda.
- Pilih butang yang mempunyai 4 titik (dot)
- Pilih Lokasi dan kongsikan lokasi anda

Seperti Google Maps, Facebook Messenger juga turut mempunyai beberapa kekangannya. Rakan anda juga perlu memulakan perkongsian lokasi terlebih dahulu. Selain itu, Facebook Messenger juga mengehadkan masa perkongsian lokasi anda sehingga satu jam, yang bermaksud jika anda ingin meneruskan perkongsian lokasi tersebut, anda perlu memperbaharuinya kesetiap satu jam. Meskipun ia aplikasi yang sememangnya direka khusus bagi pengiriman mesej kepada rakan anda, namun ciri lain yang penting seperti notifikasi atau sejarah lokasi adalah masih tiada disediakan.
- Kelebihan: Mudah untuk dikongsikan, dan menawarkan fungsi pengiriman mesej
- Kelemahan: Perkongsian dihadkan selama 1 jam, dan tiada ciri tambahan lain (tiada notifikasi dan sejarah lokasinya)
iSharing adalah satu-satunya aplikasi percuma dalam senarai ini yang menyediakan banyak lebih banyak ciri tambahan selain perkongsian lokasi.
iSharing membolehkan anda berkongsi lokasi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga anda tanpa mengira masa dan tempat, selagi mana mereka telah ditambah ke dalam senarai rakan anda di dalam aplikasi tersebut. Bukan sahaja mudah melakukan perkongsian lokasi antara iPhone dan Android, iSharing juga membolehkan anda melakukan perkongsian lokasi kepada peranti lain seperti komputer desktop mahupun MacBook!

Selain itu, iSharing turut menyediakan akses kepada semua ciri-ciri di bawah ini:
- Sejarah Lokasi sehingga 30 hari
- Pengiriman segera foto dan teks
- Tetapan privasi
- Notifikasi kecemasan sekiranya rakan atau ahli keluarga berangkat atau tiba di sesuatu lokasi
- Kelebihan: Mengandungi pelbagai ciri tambahan, seperti notifikasi, pengiriman mesej, sejarah lokasi, dan sebagainya.
- Kelemahan: Kami tidak melihat sebarang kelemahan, tetapi saya rasa kami agak sedikit berat sebelah.😉
Untuk kongsikan lokasi anda menggunakan iSharing, muat turun aplikasi ini segera dan kongsikanlah lokasi secara percuma!